SLIDE1

Friday, April 22, 2011

PENGAT DURIAN a.k.a PUNGUT DURIAN


pungut durian
tapi BABY tersasul panggil PUNGUT DURIAN
hahahahahaha!!!

ade yang panggil pulut durian
apa-apa lah asalkan durian
memang marvelous.. nak nak lagi musim durian yang lebat lebat ni kan

ni saja je nak tungjuk cara2 buat pengat durian versi campak campak
bahan bahanya:

1. pulut
2. gula melaka dan sedikit garam
(actually gula putih pon okay... tapi nak pakai dua dua.. cuma nak pakai sikit je... sebab memang xsuka mende mende manis meleting ni... just guna 3 buku je gula melaka tu and 3 sudu besar gula putih) 

3. santan... satu pack besar untuk buat pengat durian

4. daun pandan.. 2 helai
(tapi malangnya waktu nak masak ni... tak jumpa daun pandan... hentam sajala labu~~)

5. durian
2 biji durian aku guna... terpulang lah pada korang..
buang biji... ambik isi je..
yang tak buang biji ambik gak... tapi better letak last sekali.. kacau2 and angkat...xperlu lama, takut tak ade isi pulak...
untuk masak pulut.. guna santan pack kecil.
memandangkan saya hanya memasak pengat durian.. so kerja kerja menanak pulut kite serahkan pada KAK LEHA... teror gak tu...
tengok.. dah la kat rumah tak ade pengukus... tapi xpe.. mujur KAK LEHA ni teror gak


okay.. sekarang tibalah ke acara penyediann... yummy yummy...


1. masukkan satu packet besar santan.

2. kat dapur sebelah.. dah masak gula melaka... cairkan dan tapis... buang segala pasir-pasir...
ni versi tak manis meleting sangat... just nice je... xnak kencing manis okay.
3. satukan semua bahan bahan... santan, 3 buku gula melaka, 3 sudu besar gula pasir, garam secukup rasa, durian, daun pandan

kacau2 sehingga masak

kacau2.. warna dia terang je lagi..
sehinggalah jadi pekat seperti gambar kat bawah ni


tadaaa~~
dah berubah wajah..
pekat likat

PERINGATAN>> INI BUKAN TEMPOYAK, INI PENGAT
rupa dah macam tempoyak kan? kan? kan?
letak je lada.. jadi le.. hahahaha

kalau nk pekat lagi.. letakla bancuhan air tepung jagung.. guna 2 sudu besar tepung jagung
confirm kuah jadi likat dan pekat..
tak letak pun kuah dah pekat


then bolehla dihidangkan ikut suka hati dan selera
sesuai untuk juadah petang seisi keluarga

P/S: buat breakfast pun sedap.. cicah ngan roti atau biskut... simpan pengat durian kat dalam peti sejuk.. makan sejuk2 best woooo... mcm AIS KRIM DURIAN.. 
NAK NAK LAGI MAKAN TENGAH STADY.. perghhhhhhhh!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...