SLIDE1

Sunday, October 21, 2012

TUNJUKAN AKU


susah menjadi cantik
tatkala orang pandang herdik
susah menjadi buruk
tatkala orang pandang takut

siki-sikit kau kata depanku kau tak suka
kononnya hanya sepermainan semata-mata
sikit-sikit dibelakangku kau mendesak si dia
mendesak memilih aku atau kau untuk bersama

ego yang menggunung lebur
membakar setiap apa yang terjalin
kau pentingkan diri, kau haloba, kau penakut
untuk mengetahui kebenaran yang tragis
bila mana dia mungkin tidak memilih kau

Lalu segala cerita nista dan keji dibelakangku
kau ciptakan semata mata untuk memungut secupak kasihan dimata-mata mereka
yang mampu memberikan kamu kekuatan palsu untuk terus mendapat simpati.
simpati... simpati.. simpati..




simpati yang palsu
simpati yang tiada nilai akhirnya


persahabatan yang makin terjalin itu
sudah terbantut disirami dengan lebur ego lagi hina


Tunjukan aku apa yang ingin kau buktikan
jika apa yang aku puitiskan ini adalah salah semata mata?
tunjukan aku apa yang kau mahukan
bila kau berjaya menebarkan cerita palsu untuk terus melunaskan misimu?
Tunjukan padaku apa yang kau dapat
setelah kau lanyak dan sepak perasaan manusia yang mendambakan kasihmu?

tolonglah tunjukan aku
kenapa pekikanmu diawal cerita
tak sama dengan kesudahanya

Atau kamu ini si bangsat
yang suka membuat orang terkejar kejar
menagih diri kamu
melutut depan kamu
mencari-cari kamu

celakalah kamu
merosakan persahabatan
meracunkan percintaan
membusukkan sebuah cerita nista
semata mata demi kepentinganmu

hidup beralaskan kepentingan
lama lama boleh mati
dikeji
ditingalkan

aku bersyukur mereka mereka mengetahui cerita sebenar
bahawa aku mangsa dari cerita simpati palsumu
aku mangsa dari misimu
dan dia alat untuk menguji marketmu
Hikmah tuhan itu sangat tak terhingga

ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...