SLIDE1

Saturday, November 24, 2012

Hair Products from Indian Store


selalu pergi indian store
sebab nak cari Indian Herb Hair Product,
korang selalu nampak kan, rambut indian sangat lebat, hitam pekat dan seperti subur je
disebabkan rasa cemburu yang melampau, saya pun cari mana2 indian store, sumpah memang macam2 produk rambut mereka jual, ada yang jual minyak zam zam.. dulu kecik2 kawan selalu pakai, tapi saya takut nakpakai sebab bau busuk, tapi minyak zam zam sangat membantu melebatkan rambut

saya hanya beli minya badam seperti dalam gambar di atas, almond drops, sangat best kalau apply kat kulit kepala, urut-urut sekali, terus lega and rilex sahaja.. 

selain tu, saya juga ada beli minuak kelapa, fungsi nak melebatkan rambut, disebabkan saya tak tahu nak masak minyak kelapa, saya just beli... macam petua Fasha Sandha, dia pakai santan basi, apply kat kepala untuk rambut sihat dan lebat. saya tak mampu nak buat mcam Fasha.. takut kepala saya yang basi nanti.

Syampu Meera tu kalau pakai rasa macam pakai inai. tekstur dia dalam bentuk powder dan berwarna hijau, bau sebijik macam bau inai.. produk ni pun bagus juga sebab herba tu bagus untuk menguatkan rambut.

selain produk2 biasa yang kite beli di watson atau guardian atau di mana2 sahaja, adakalanya petua petua lama seperti herba india ini sangat membantu dalam tumbesaran rambut. sekaligus memberi nutrient dan kekuatan yang cukup.

korang cubelah.. Produk2 kat Indian Store memang murah2 dan berbaloi baloi


Saya Lulus Test JPJ untuk Lesen Kereta sebab 
Penilai JPJ suka and jatuh cinta pada rambut saya (ini cerita betul)
"rambut awak panjang...saya suka rambut awak. cantik.. macam tuanya" kata JPJ sambil duk usha rambut aku, dah la aku tengah nerves bawak kereta on the road, ditambah pula duduk sebelah pegawai JPJ.. huh nasib ade rambut yang melembutkan hati JPJ yang bermuka garang,
seriously saya xde rupa.. saya gemuk..
tapi saya bersyukur, rambut saya sangat okay

so Rambut pun boleh jadi senjata untuk kite mengetengahkan diri kite.
so jagalah rambut anda walau anda bertudung

sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...