SLIDE1

Saturday, June 8, 2013

SEMBILAN TAHUN yang sudah cukup

Sembilan tahun kot
Masih dizaman sekolah
Aku suka dia
Aku suka gila

Sembilan tahun kot
Aku tunggu dia
Siap nangis bila nak berpisah dengan dia

Sembilan tahun aku doa
Aku nak dekat dgn dia
Dengan family dia
Sampai aku tertidur tika bersujud
Hanya mendoakan aku tak mahu berpisah
Dengan mereka semua

Sembilan tahun aku pendam 
Agar aku mengalah untuk hanya jadi sahabat
Sebab aku takut
Perasaan ini akan buat
Aku berpisah dgn mereka

Sembilan tahun jugak
Aku buat cerita
Kononya aku suka org itu
Dan aku nangis sebab org ini
Walaupun aku tak pernah membenarkan 100%
Hati aku terusik disebabkan DIA
Hanya kerana aku nak tengok riaksi dia
Bila dia cube tenangkan aku...
Ye, aku GILA!

Sembilan tahun jugak 
Aku tahan nak telepon dia
Sebab aku berperang dgn diri aku
Supaya aku kotakan janji aku jadi sahabat DIA

Sembilan tahun ini aku syg dia
Sampaikan aku lupa dan tolak perasaan cinta
Aku lupa nak kasi diri aku satu jiwa

Ye, banyak org kata aku syko
Banyak orang kata aku gilaaa

Sampai tadi aku jumpa dia
Aku jumpa keluarga dia
Dan buatkan aku TEKAD!!

Cukup cukup lah aku pendam
Untuk terus suka dia

Dan untuk sembilan tahun yang sia sia ini
CUKUPLAH....

Aku nak lupakan DIA
Ya Allah... Sudah letih untuk sembilan tahun ini
Aku mahu cari bahgia aku sendiri.
Cukup untuk sembilan tahun ini...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...