SLIDE1

Monday, April 27, 2015

Gulai Lemak Nangka Bertemankan Udang yang Ringkas


Assalamualaikum dan Hi kepada semua pembaca yang dihormati.
Saya nk kongsikan resepi campak-campak iaitu
Gulai Lemak Nangka Bertemankan Udang.
selain udang, boleh gantikan dengan ikan masin, perut lembu, ayam atau daging.

Bahan-bahanya adalah:


1. Sebiji Nangka Muda (Celur dulu, jgn terlalu lama sebab just nak kasi dia layu dan buang getah serta buih nangka muda, anggaran celur dlm 5 - 10 minit)
2. Udang Segar (terpulang sama ada nk buang kulit atau tak, aku kesian kat mak aku sebab terkial-kial dia nk kopakkan kulit udang, jadi aku buang kulit ambil isi sahaja, sementara itu kulit udang aku jadikan stok, membazir buang)
3. Bahan Blender: segenggam cili, 2 cm kunyit hidup, Segenggam ikan bilis
4. 10 biji cili tabur (adik ngn mak aku suka lada tabur, tabur last sekali bila gulai hampir siap)
5. Bawang besar 2 labu dan dipotong-potong
6. Serai 3 batang diketuk/dititik
7. Asam Keping 2 keping
8. Santan dan semangkuk air (main agak je nak banyak mana, ikut suka)
9. Garam, gula


Langkah Pertama: Sediakan Stok Udang

cara aku buat stok udang senang sahaja.
panaskan periuk, letak sedikit minyak, bila minyak sudah panas kemudian letak kulit udang.
kacau-kacau sampai bertukar warna semuanya.
masukkan air (kuantiti ikut suka, xperlu banyak sangat), kemudian kacau dan tunggu sehingga mendidih. angkat dan tapis air.
siap!


Langkah kedua: Penyediaan Gulai
Paling simple dan mudah.

Dalam satu kuali, kau campak dan satukan semua bahan beserta semangkuk air kecuali santan dan lada tabur kau ketepikan dahulu. (campak hati-hati, jangan berterabur pulak),
serious senang! kau gaul-gaul sebati, bila mula menggelegak baru kau letak santan dan perasa, make sure kau gaul dan jangan biarkan gulai pecah minyak.
bila nk masak baru kau letak lada tabur.
bila rasa dah cukup dan sedap, nangka juga dah empuk.
kemudian kau tutup api dan hidang


Selamat mencuba!!
terima kasih

:)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...