SLIDE1

Friday, April 24, 2015

Rendang Ayam Pencen (Letak Kicap)




Semenjak mak aku sakit kritikal, aku suka masak kat rumah untuk mak aku (time cuti jelah), walaupon lauk yang aku masak memang rare, tapi untuk mak aku semuanya boleh. Mungkin suatu hari nanti kalau mak aku dah tiada menghadap Ilahi, aku akan rasa tenang sebab mak dah makan masakan aku, paling happy sebab kami dah berbakti pada Mak. Mungkin esok atau lusa kita tak tahu, sementara Tuhan pinjamkan lebih masa ni, sedaya paya kami akan jaga mak.

Berbalik kepad resepi Rendang Ayam Pencen, memang simple giler. Main campak-campak dan agak-agak kemudian menjadi. Yang penting barang semua cukup. Kalau xde lengkuas, kerisik, santan, lada kering tak akan menjadilah Rendang kita.

P/S: kalau makan rending saya suka hampas (serbuk2) kuah rending, jadi bahan-bahan mcm lengkuas, serai bawang kene banyak. Terpulang.



Bahan-bahan:
  •  Satu ekor ayam pencen (Ayam pencen ni keras, jadi aku masukkan dlm pressure cooker dulu selama 20 minit, kalau xrebus dulu alamatnya patah gigi masa makan)
  •  Rempah adik beradik (kayu manis, bunga lawing, buah pala)
  •  Bahan Hampas: 2 jengkal lengkuas a9terpulang banyak mana lengkuas korang, sikit boleh banyak pon boleh), 6 batang serai, 1 labu bawang putih, 6 ulas bawang besar, 1 cm kunyit hidup, 2 cm halia.
  •  Bahan Lada: Lada kering 3 genggam (kalau resepi mak aku, dia tambah cili padi seba dia suka pedas, kuantiti lada terlupang pada korang, mcm aku agak2 setengah blender), option untuk letak 3 sudu besar serbuk Kurma atau kari (mcm saya pilih serbuk Kurma)
  •  Garam, Gula Merah (lupa beli gula merah, aku ganti dengan kicap), gula putih, perasa
  • 2 ketul Asam keping
  •  Daun-daun: 3 helai daun kunyit (diracik-racik) dan 5 helai Daun limau purut
  • Kerisik 2 packet kecil (terpulang pada korang nk letak banyak mana)
  •  Santan segera size besar.


BAHAN A (Blender Cili)
BAHAN B( Blender barang hampas)
         Bahan Lada: Lada kering 3 genggam (kalau resepi mak aku, dia tambah cili padi sebab   dia suka pedas, kuantiti lada terlupang pada korang, mcm aku agak2 setengah blender), option untuk letak 3 sudu besar serbuk Kurma atau kari (mcm saya pilih serbuk Kurma)

au      Bahan Hampas: 2 jengkal lengkuas  terpulang banyak mana lengkuas korang,  sikit boleh banyak pon boleh), 6 batang  serai, 1 labu bawang putih, 6 ulas bawang  besar, 1 cm kunyit hidup, 2 cm halia.


PENYEDIAAN:
1.       Panaskan minyak kat kuali, bila dah panas masuk rempah tiga beradik (kayu manis, bunga     lawing, buah pala)
2.       Masukkan Bahan A dan Bahan B, masak sampai kering.
3.       Masukkan Ayam pencen yang telah direbus dlm pressure cooker, gaul sebati.
4.       Masukkan santan, Kerisik dan Daun limau purut dan asam keping, gaul sebati.
5.       Time to seasoning, aku terlupa beli gula Melaka jadi aku gantikan dengan kicap, kuantiti kicap ikut suka sampai rasa dah kickkkkk!
6.       Gaul gaul dan gaul sampai kering, kalau korang suka basah pon terpulang, kene sentiasa kacau sebab nk elak hangit… hampas-hampas rending tu mudah hangit kalau tak gaul.
7.       Last step bila nak tutup api, tabir kunyit racik-racik dan gaul sekata.
8.       Hidang cantik-cantik
9.       Dah siap





Selamat mencuba.
Terima Kasih sudi baca


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...