SLIDE1

Monday, October 12, 2015

NENAS MADU BERSIZE COMEL: manis & ranggup (small/mini pineapple)


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca.

kali ini tiada apa yang penting ingin dikongsikan,
cuma saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang kesedapan nenas madu yang bersaiz kecil tapi rasa mavelous sungguh!

first time tengok nenas ni masa stalk IG Neelofa, 
dia buat insta video pasal nenas madu comel ni.
memang tengok comel sangat, tertarik sebab tak pernah pegang dan rasa lagi.

punyalah cari sekitar KL, tapi tak jumpa.
maybe ada kat Thailand je kot sebab masa tengok IG Neelofa pon masa dia pergi bercuti kat Thailand.

Pada satu hari, sedang saya meninjau-ninjau Kedai-kedai di Rantau Panjang.
dari jauh saya nampak makcik-makcik sedang sibuk tunggu turn beli sesuatu.
dari jauh saya dah nampak mok cik kat situ pegang nenas kecil...

berbunga sungguh hati, terus saya berlari.
200 meter jauh tu, mata saya boleh nampak nenas kecil sejauh itu.


Comel kan Nenas Madu manis dan ranggup ni.
Tak rasa mcm nenas pon, tajam pon tak


Comel kan?
aku kira nenas kecil ni bakal trend kat KL mcm aiskrim sengkaya, tu pon tak silap aku trend dari Thailand, so kalau nak cari idea meniaga makanan rare, sila mengembara ke Thailand dan kawasan sekitar asia ni, baru lah idea gempak sikit. Tak adalah semua kedai meniaga nasi lemak & goreng pisang je, sebaris kedai sama pulak tu, cari gadoh ke apa?

lama dah aku cari, Alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan si comel ni


Mok cik ni jual pakej.
5 ya untuk 2 butir.


lepas pergi Rantau Panjang,
kami pon pergi makan kenduri khawin kawan.
Tak ada apa yang menarik sangat kali ini, nak ambil gambar pon tak sempat sebab mood kelaut.

sehingga berjumpa lagi dalam episod terokai malaysia

Total weight gain selama aku jadi food hunter ni sebanyak 4kg.
Jadi paham-pahamlah aku ni kembang mcm mana, adik beradik aku dah panggil aku enot.
moga ada kesedaran untuk buang lemak. hahaha

:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...