SLIDE1

Monday, December 12, 2016

CARA-CARA MEMUJUK PASANGAN... ROMANTIC GIFT ON BUDGET


Entry kali ni berkenaan cara memujuk pasangan yang merajuk atau anda boleh apply cara ni sebagai idea surprise gift secara romantic dan yang penting menjimatkan.

Orang yang banyak duit kepuk-kepuk tak perlu baca kot sebab korang beli je apa2 yang mahal, sure pasangan cair... idea ni dia lebih kepada DIY dan on budget. tak perlu berbelanja ratusan ringgit... korang hanya perlu guna kepala otak korang je untuk berkreativiti bagi memujuk atau menghadiahkan pasangan dengan senyuman dan kebahagiaan. Kalau setakat kasi bunga baik tak payah, dah basi....... siapa-siapa boleh kasi.

Perkara yang melibatkan DIY ni lebih berharga kot... appreciate gila kalau dapat hadiah DIY ni... simpan bertahun-tahun, nanti boleh cerita kat anak cucu betapa romantik atuk/nenek korang. Kalau boleh story romantic macam ni nak bawa masuk muzium... hehehehe

Berikut merupakan idea yang aku rasakan boleh pakai untuk pujuk pasangan atau untuk hantar hadiah kepada pasangan secara surprise... tak kiralah lelaki atau perempuan, korang kalau dah sayang takkan kaku je kan? takkan nak tunggu sebelah pihak je kan... kita sendiri harus bertindak, sila jangan jadi kayu... Korang tak nak buat ke pasangan korang tersenyum-senyum kat office, kat jamban, kat mamak atau masa tengah buat kerja tersengih sorang-sorang gara-gara dapat surprise dari korang?

kiranya macam sedekah lah jugak sebab buat pasangan berbunga ceria... jomlah ikuti idea-idea yang boleh dikatakan berguna ni.


1. NOTA CINTA DALAM BALANG

Ni paling murah tetapi bermakna....cara dia simple, korang just sediakan satu balang/tin/bekas yang cute...

dalam balang tu  korang prepare la notes/quotes cinta atau 1001 sebab kenapa korang sayang pasangan korang. Sambil menyelam minum air, korang jugak boleh letak kata-kata nasihat... sebagai contoh...

NOTA CINTA BUAT SAYANG:
1. Fluffy dan Pou, please jangan kurus nanti tak sedap Abang nak peluk 
2. Penyayang, thanks sebab sayang abang dan jaga abang selama ni
3. Abang mahu ada anak dengan sayang, ada keluarga dengan sayang dan tua bersama sayang
4. Bangun pagi-pagi sila cium abang dulu
5. Kalau gaduh jangan merajuk lama-lama, abang rindu
6. Sayang Masak sedap... terima kasih sebab menjadi chef yang hebat dalam hidup abang
7. Ingat Abang dalam setiap doa sayang


Sweetkan nota-nota macam ni? kalau orang kata poyo maksudnya hati korang HATI BATU... tapi cuba kalau korang dapat? ntah-ntah post kat intagram atau post kat facebook bagi satu dunia tahu... kalau la aku yang dapat nota-nota macam ni, walaupun ada 1000 nota dalam balang, aku sanggup baca semua... ni dikira sebagai ubat senyum dan pil bahagia.

Macam mana nak kasi pasangan? senangje, kalau boleh post kat office dia... masa dia kat office tengah stress dengan bos atau kerja akan terubat dapat nota mcm ni.. kalau kasi kat rumah mcm tak feel.. kasi kat office boleh buat sebagai pill hilang stress... penghantaran murah je, guna courier office then tolak gaji,,,, habis cerita, tak payah keluar duit... senang kan? JIMAT SUNGGUH! (ikut budi bicara opis korang la, mcm opis aku sempoi)

ini antara idea lain untuk letak note romantis selain note dalam balang.. jimat je buat mende ni




2. HADIAH/DELIVER/BEKAL MAKANAN BESERTA NOTA

Yang ni sangat sesuai kalau nak pujuk pasangan..
Apa-apa jenis makanan boleh kasi mengikut kemampuan... lunch box masak sendiri, nasi bungkus boleh tapi makesure bungkusan kene kreatif la ye... biar nampak special...

Kalau begaduh then nak pujuk, dekat bekal atau kotak atau whatever surface yang ada... tinggalkan nota-nota penyesalan, minta maaf atau nota-nota sweet tahap kencing manis... ni kalau aku dapat... nak makan tak sampai hati.. 

Selain nak pujuk pasangan... disaat pasangan kita bersedih dan memerlukan sokongan... kita boleh salurkan kata-kata semangat atau nasihat yang diselitkan disetiap bekal yang kita kirimkan pada pasangan... atleast sebelum makan, diorang akan tersenyum dan lari dari memikirkan masalah dunia.




Banyak lagi jenis-jenis makanan yang korang boleh DIY sebagai hadiah romantis... antaranya pelbagai jenis cokelat yang dihias mcm sejambak bunga atau korang bungkus letak dalam kotak then selitkan note cinta suruh abang posman hantar... balang bulat comel letak biskut sedap auntie anies then selit note sweet kencing manis...

Atau kalau korang sedang berjauhan dengan pasangan... kasi cokelat kissess dlm balang mcm dalam gambar sebelah ni pon dah kira sweet... yelakan, duduk berjauhan... cuma cokelat nilah sebagai ganti ciuman pasangan.. kikikiki...




3. JEMPUTAN 'ROMANTIC PICNIC'

Korang whatsapp/call/msg pasangan invite ajak romantic picnic. (jangan invite guna pos laju pulak, tahun depan baru sampai)
Terpulanglah nak buat waktu siang atau malam... macam aku selalu buat diner kat putrajaya...
kawasan betul2 menghadap pullman putrajaya tepi tasik... 
cantik berlampu... memang romantis habis area tu (sila jaga kebersihan kawasan)

Korang perlu la bawa picnic blanket sebagai alas nak duduk, atau boleh duduk kat pondok/bangku yang disediakan... yang paling penting bawa makanan then kalau rajin bawala bunga dari rumah sebagai hiasan... atleast usaha korang nak pujuk tu berhasil... lama2 pasangan boleh cair...


Bawak makanan simple macam dalam gambar ni pon dah ok...
ada buah, ada minuman, ada makanan lengkap....
ni kalau korang kaki gambar, mesti orang nak hias cantik2 kan..

Macam aku selalu bawak lauk diner aku masak sendiri...
then makan bersuap you all.... yelah kalau cik abang dah mula nak romantik... kita layankan, nak bersuap la nak bertambah nasi la...

Ni kalau pasangan tengah merajuk, terus diorang nak bercakap atau adalah point nak ajak borak... xdelah akward sangat kan... Agenda picnic macam ni atleast membuatkan pasangan nak tolong kemas2, prepare tempat atau korang boleh slow talk ajak bercakap macam keadaan normal. Kalau tak jalan jugak aktiviti memujuk macam ni... maybe korang kene usaha gigih lagi.. sambil picnic then bagi hadiah/bunga.


Adea picnic macam gambar kat atas memang save bajet.... sesuai dengan tajuk entry ni... Buat blakang bonet kereta je, makesure bonet kereta besar macam kereta alza/exora/mpv lain... ni baru rare... tupon kalau pasangan korang jenis tak kisah mcm ni... korang boleh teruskan.... yang penting view tu kene ada... makan kat mana-mana tak kisah asalkan view dan mood masih berkonsepkan picnic... kalau view longkang baik kau makan sorang... 


4. HADIAH DALAM JAR/TIN/BEKAS COMEL


Kalau hadiah untuk Perempuan, kau invest la sikit untuk beli barang dorang suka, contohnya set meni/pedi kau letak dalam balang, atau kau letak pelbagai jenis losyen atau juga kau letak set penjagaan bibir dan pelbagai warna lipstic... terus pasangan melompat suka then cair... kalau gaduh pun tak lama...


Mana yang laki/suami/pakwe/kawan kaki vape tu, kalau korang nak kasi hadiah flavour vape mcm ni pon best.... kompem comolot lepas tu.... sambil-sambil tu selitkan nota keinsafan sikit.. kikikikiki...
tapi better vape dari merokok kan?.... ni kalau laki korang dapat hadiah flavour ni, upload facebook atau instagram terus... Kalau yang laki x hisap vape, orang kasi la set penjagaan rambut macam pomade, hair mask, oil treatment dan sebagainya sebab lelaki ni aset dia rambut... jadi pandai-pandailah pilih hadiah mengikut kesukaan pasangan korang... 

Tips no 4 ni tak berapa nak save bajet... korang kene invest jugak kalau tips 1,2 dan 3 untuk memujuk pasangan tak jalan.... Yang penting haruslah ikhlas dan menunjukan kesungguhan nak minta maaf pada pasangan atau berusaha nak buat pasangan happy.... kalau pujuk tak makan atau yang jenis materialistik nak iphone, nak makan hotel atau nak something diluar kemampuan, baik kau pikir masak-masak...

begitulah serba sedikit idea yang tak seberapa dari saya... Semoga ianya membawa kebaikan dan manfaat bersama. Terima kasih kerana sudi membaca entri saya kali ni..

Assalamualaikum dan semoga bertemu lagi di entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...